Tuesday, February 26
hanya dy yg tahu hujan di hati
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/26/2013 10:26:00 PM 0 cantik manis berkata
Monday, February 25
Al Khaliq
Assalamualaikum & selamat pagi semua..pagi ni aku nk kongsikan sesuatu utk kwn-kwn..td ada baca dekat blog wife Adam Corrie (Corrie Lee)..ada bnyk info-info yg aku dpt..bagus utk kita tingkatkan mana yg perlu.. di sini ada aku kongsikan serba sedikit..kalo nk info yg lebih lg,bole tgk kt link ni.. http://bacaanharianku.blogspot.com/
ni antara kisah malaikat yg aku ambil dr sna utk perkongsian kita..
Al-Khaliq,
Pencipta Yang Maha Kuasa yang mencipta dan tiada kepada dia. Yang tidak
wujud tiba-tiba saja menjadi wujud. Dialah yang mencipta segala sesuatu
di alam ini tanpa bantuan atau tanpa rujukan. Al-Khaliq adalah nama Allah yang ke 12 di dalam ASMA UL HUSNA.
Zikir yang paling baik ialah zikir Asma Ul Husna. Insya'allah apa-apa yg kita hajati dimakbulkan dgn izin-Nya.
1. BANTUAN MALAIKAT
Bila membaca Ya Khaliq di tengah malam, Allah SWT akan menghantarmalaikat untuk membantu kita memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari khiamat. Kita juga akan mendapat ganjaran bagi amalan yang dilakukan malaikat itu. Allah SWT menciptakan malaikat untuk membantu kita. Syukur, alhamdulillah.
2. MENDAPATKAN BARANG YANG HILANG
Baca Ya Khlaiq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi, Insya'Allah barang yang hilang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.
3. MENAHAN PERASAAN MARAH
Jika kita mempunyai rakan-rakan yang khianat kepada kita, dan membuat kita marah, bacalah Ya Khaliq untuk menamatkan persengketaan dan perasaan marah tersebut.
Baca sebanyak mana yang kita suka antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh, insya'allah kebenaran akan tiba dan kita akan memperoleh kemenangan. :)
4. MENDAPAT MAKANAN DAN ZURIAT
Bagi mereka yang tidak mempunyai makanan atau anak, bacalah Ya Khaliq sebanyak 125 kali selama yang perlu. Insya'allah kita akan mendapat apa yang dihajatkan. Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.
5. TERSELAMAT DARI BAHAYA
Untuk mendapat terlindungan dari sebarang bahaya, baca Ya Khaliq 100 kali apabila kita terasa terancam. Insya'allah, kita akan selamat. Ini juga akan membantu membersihkan hati kita.
6.BEROLEH KEMENANGAN
Bacalah Ya Khaliq 100 kali sebelum kita masuk gelanggang, pertandingan, dan sebagainya untuk mendapat kejayaan dan kemenangan. Insya'allah kita akan merasai nikmat sebenar seorang juara.
7. MEMBERSIHKAN JIWA
Di waktu tengah malam ketika semua orang tidur, bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali, insya'allah jiwa dan jasad kita akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan terpancar di wajah kita.
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/25/2013 10:47:00 AM 0 cantik manis berkata
Labels: info, kisah malaikat, petua
Saturday, February 23
Rugi kah aku?
Semalam aku tgk rancangan Primadona..ala yg ada 4 pengacara tu, ada Rozita Che Wan, Raja Azura, Erra Fazira dgn Ziela Jalil...xigt tajuk apa tp ada sebut pasal anak..jemputan khasnya Erma Fatima,Adi Putra & isteri dgn Dr apa eh,aku lupa la..al kisahnya si Erma ni rupanya da 22 tahun berkahwin tp masih tidak dikurniakan zuriat..tp dy ada 5 org anak angkat..Alhamdulillah kn..mb itu rezeki dy utk berkongsi kasih sayang dgn anak org..
yg buat aku sebak ketika dy bercakap,rugi jadi org pompuan ni kalo xdapat melahirkan zuriat dr rahim sendiri..hmm..xdinafikan setiap pasangan yg berkahwin tu nk ada zuriat sendiri..kalo ada yg xnk tu aku xtaw la kn..tp aku ni nk sgt jd ibu..InsyaAllah kalo di izinkan olehNya suatu hari nanti aku pasti merasa..pd aku,semua ni rahsia Allah..hanya Dia yg lebih tahu apa yg terbaik utk hambanya..aku jugak menangis andai setiap bln yg dinanti,period tetap dtg tanpa miss..tp sampai bila aku nk begitu..semua Allah da tetapkan utk aku & suami..mungkin belum tiba masanya utk kami menjadi ibu & ayah..masih banyak amalan yg perlu kami perbaiki..yela kn,nanti kita nk didik anak2..mcm Adi Putra ckp, kalo kita nampak anak2 buat salah,jgn marah pd mereka,sepatutnya tgk balik pd diri ibu bapa sendiri..anak2 belajar melalui apa yg dilhat..jd ibu bapa adalah peranan yg sgt penting utk anak2..xelok ibu bapa,xelok lah anak2 kita, bagus ibu bapa,bagus lah anak2 kita nanti...
Rezeki dan anugerah
Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun
tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang
tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama
berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap
ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang
tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak
dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa
bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada
Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan
harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih
kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu
merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan
permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak
mengetahuinya. Dalan hadis Rasullah S.A.W bersabda : "Sesiapa
yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan
memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di
akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".
Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.
Tp xpela kan..anggap je belum rezeki kita utk ada anak sendiri..InsyaAllah masa depan nanti dpt beranak banyak kang xlarat pulak nk beranak..hehe..cepat atau lambat je kan..sabar yea..masa xde anak ni la kita bole luangkan masa dgn suami..g jln2 ke kan,tenangkan fikiran..lgipun kalo nk pregnant kita kn xley stress..pastu perbaiki amalan agama kita,rajinkan sembahyang sunat,berpuasa,bersedekah dan sebagainya..mcm aku,aku bagi kucing makan..setakat ni kt umah yg slalu dtg ada 2 ekor da..oren dgn putih...yg oren ni manja sgt..tp yg putih garang...jgn mimpi la nk pegang,mau kena cakar nti..haha..jgn lupa pantang fast food,air bergas,makanan berjeruk yea kwn..
ok2 jgn sedih2 da..belajar redha dgn ketentuan dr Allah..insyaAllah pasti itu yg terbaik utk kita..ada rezeki kita nanti utk menjadi ibu & ayah...aminnn..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/23/2013 12:02:00 PM 0 cantik manis berkata
Wednesday, February 20
Air suam + lemon
korang cari idea nk diet?haa..meh cni aku kasi petua skit..sebenarnya da seminggu aku amalkan mnum air masak..seminggu jugak aku xminum air yg berperisa,yg bergula & bersusu..hari pertama aku minum 4liter air..giler..mmg xlarat nk ulang alik g toilet..asik nk terkucil aje..isk..tp bagus jugak..sbb senang singkir toksin kn..hehe..hari ke 2 pn aku minum 4liter..alhamdulillah la pembuangan pn lancar..pastu seterusnya aku tambah lemon pulak..aku campur dlm air suam..sekali minum..wow..sedappp..aku minum lg sbb sedap sgt..makanya hari2 aku bawak bekal air tu yg da siap lemon kt dlm tu.tp jgn memandai tambah gula yea..tanpa gula air tu da rasa sedap sgt...hehe sedap...korang try la nti..stakat ni yg aku amalkan,asal malam je lepas makan mesti membuang..ni da berapa hari da...still membuang jugak..bole kurus nti..lagipun aku mmg dlm usaha nk turunkan berat badan..mana la taw kn..kalo ada rezeki bole mengandung lepas ni..kuasa Allah kita xtahu kn..InsyaAllah amin..
nanti korang try eh..meh aku kongsi skit kebaikan lemon ni..
* Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.
* Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.
* Lemon boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik).
* Jus lemon dikatakan mampu memberikan cahaya untuk kulit.
* Beberapa titisan jus Lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati .
* Jus Lemon boleh digunakan untuk mengeringkan jerawat supaya tidak merebak.
* Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah.
* Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa.
* Jus limau digunakan pada gigitan dan sengatan serangga-serangga tertentu untuk melegakan racun dan kesakitannya.
* Lemon jus membantu mencegah dan menyembuhkan osteoarthritis.
* Lemon jus dapat mengurangkan rasa sakit kolik dan masalah gastrik..
* Jus limau dapat melegakan chilblains dan kulit gatal.
* Jus limau ialah satu rawatan yang baik untuk kelemumur dan rambut berminyak.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/20/2013 09:53:00 PM 0 cantik manis berkata
Tuesday, February 19
kuat mcm badang..
da tetiba jd sedih pulak..baru je nk happy2 xnk stress..ada jugak menda xelok..hmm...Ya Allah kau tabahkan lah hati aku utk terima segala ketentuanMu..kalo la aku ni sekuat badang,yg bole angkat berat2 tu..errr xde kena mengena dgn tajuk pn..
aku sedar aku bukan seperti dlu..tp xbermakna org bole buat sesuka hti kn kt kita..xpela..aku doakan yg baik2 je..smoga semuanya berjalan dgn baik..lgpun bila kita diuji,tu tandanya Dia syg kita sbgai hambaNya.. & Dia nk kita sentiasa igt yg Dia selalu ada dgn kita..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/19/2013 09:45:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: sedih
Monday, February 18
Tagged
Korang pernah main laman sosial Tagged x..ala yg dulu-dulu femes skali friendster tu..aku start main mende alah tu thn 2008 kot..pastu ubah g myspace kjap..pastu bru pindah g facebook..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/18/2013 11:19:00 AM 0 cantik manis berkata
Labels: tagged
Sunday, February 17
positif
Hari demi hari berlalu,alhamdulillah hidup aku semakin sempurna di samping en suami..walaupun kami masih tiada rezeki utk menimang cahaya mata sendiri, tp perkahwinan yg berusia 3 thn ini sgt bermakna..pelbagai ujian yg kami tempuhi dlm keadaan suka & duka.. InsyaAllah semoga kehidupan kami suami isteri serta rakan-rakan sekalian akan bertambah baik..terima kasih ya Allah Kau telah buka pintu hati kami utk terus berada di jalanMu.. dgn kehadiran rakan-rakan yg baik utk membimbing kami ke jalan Mu..sungguh aku bersyukur diberi peluang utk berubah dgn lebih baik..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/17/2013 11:26:00 PM 0 cantik manis berkata
sambal udang petai
eh korang makan apa cuti-cuti ni..hehe..sebenarnya aku plan nk buat nasi ayam..siap da beli salad,daun sup bagai kn semalam,tgk2 en suami pn xkeje arini..hehe..so aku prefer masak apa yg dy suka je la arini..makanya,bgn pagi td,aku siap2 basuh baju semua,pastu dera en suami :D sidai baju..haha..aku teruskan memasak dgn gigih di dapur...hasilnya,aku dpt masak sambal udang petai,ikan goreng,dgn timun aje sbgai ulam..hehe..lagipun en suami ni kalo letak petai mmg laju dy makan..lauk pn sedap kn..lagi laju la menambah..tp slalunya dy mmg laju mkn,bnyak mkn,tp badan sekeping jugak..erk
hehe ok meh aku nk kongsi sikit resepi yg aku selalu masak utk sambal udang petai ni..
bahan-bahan utk 2-3 org makan
petai 2 papan dibelah
sedikit belacan
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
bawang besar dipotong bulat
5 sudu cili kisar (nk pedas letak bnyk lg)
air asam jawa
udang bnyk mna pn xpe
mula2 bwg merah kecik,bwg putih,belacan ditumbuk,kemudian tumis,masukkan cili kisar td..reneh sampai naik minyak,masukkan air asam jawa,udang..masak kejap then masuk petai,bawang besar yg dipotong bulat td....perasakan dgn garam gula.. siap,bole makan..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/17/2013 01:20:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: resepi
tersentuh
Assalamualaikum...selamat tengahari smua..da makan ke? hehe..seronok hari ni cuti-cuti melepak kt umah je..kebetulan en suami pn ada..patutnya kena keje,tp memandangkan kren msih xbole jln sempena tahun baru cina ni kn..jwbnya melekat kt umah aje la..so far xde plan lg nk g mana2..rehat kt umah aje..hehe
Semalam masa tgk berita kt tb,tgk ada kes pembantu umah dr indon dera anak majikan dy..ish kejam btol caranya..siap baling2..isk sedih tgk..apa la pnya manusia mcm tu,xde akal ke nk pk..bayi bru 4bln..mak dy sampai fobia nk msuk umah..
Sebenarnya td saje jln2 kt fb..ternampak la 1 post dr dunia kucing ni..cerita dr tuan dy sendiri..sedihnya baca..semoga kembang tenang di sana..kisahnya gini...
Izinkn sya abadikn cerita kucing kesayangan saya ini...
Saya jumpa kembang di belakang rumah saya sewaktu kembang masih kecil. Kembang telah dibuang oleh jiran saya tanpa rasa kasihan.
Saya sekeluarga telah memelihara kembang sejak itu... hinggalah kembang dewasa dan akhirnya dpt baby. Kembang melahirkan 4 ekor baby meow. Tp malangnya hanya sekor yg dpt bertahan dan hidup. Mngkn kembang blom tahu jaga anak dia sbb ni baby pertama...
Kebiasaan kembang akan di kurung pada mlm hari. Pada siang hari kembang akan dilepas bebas. Anak kembang kami namakan boboyot sbb perut dia yg boyot. Gmbr terakhir yg saya rakam pagi semlm amat menyentuh hati. Kembang tak membenarkan boboyot keluar dari pelukannya. Mngkn kembang dpt merasakn itu adalah hari terakhirnya.
Sewaktu anak saya membersihkan sangkar kembang, kembang telah keluar ke taman di hadapan rumah. Kata org, ajal sudah sampai. Sewaktu kembang melintas jln, sebuah myvi hitam yg dipandu laju telah mengilis kembang.. kembang patah pinggang... kaki belakang kembang tak boleh berdiri lagi. Tapi kembang gagahkan diri utk pulang kerumah. Kembang pulang dengan mengesotkan badannya.. apabila smpi di hadapang pintu rumah, kembang hanya mampu menggeow menahan sakit tapi tak lama. Kembang telah pergi meninggalkan kami dan boboyot... kami redha... moga moga boboyot akan meneruskan generasi kembang...
sedih kn..aku ni pun dr kecik mmg membesar dgn kucing,dr kucing kt umah sampai la yg kt luar-luar umah..smpai la kt umah aku skg ni da ada 2 ekor kucing yg slalu dtg mkn,slalu temankan aku waktu msk,yg msuk dlm umah pn ada..kalo dlu bkn main pemalu kucing sekor ni..skg da bole pegang2 dh..hehe..tp ada yg sekor ni kaler putih garang betol..asal nk lalu dekat dy pn,siap bunyi da dgn muka garang..haha sabo je la..ni ada pic si oren yg malu2 tu..besar btol oren ni..aku panggil dy gemok..sbb size dy mmg besar..bulu pn lembut sedap je pegang..mcm span je..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/17/2013 01:01:00 PM 0 cantik manis berkata
Tuesday, February 12
EMCC sedapp.....
Sehari dua ni aku agak sibuk..sempat log in dgn log out je dr blog ni...erk sbuk apa tah..hahhaa..sibok perang mulut kot dgn manusia yg ada otak tp xde akal..haizzz sian...
ok2 aku xnk pk dh..jom3..td pas maghrib aku bertungkus lumus mencuba 1 resepi Extra Moist Choclate Cake yg resepinya sgt2 lah mudah & simple & menjimatkan masa...sungguh la enak sgt2...tq akak Aleen share resepi tu..sedap sgt2...mkn kalo xde topping pn da sedap..tmbah ada topping lg lah sgt sedapp...yummy,so delicious!!
Nak buatnya xlama,mudah sgt...aku rsa xsampai setengah jam da siap kot..cuma nk mengukus je amik masa..hehe jom3 kita tgk resepinya..
okeh,resepinya..
ok siap..nk lebih sedap sejukkan dlm peti dulu..yummy.. :)
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/12/2013 11:30:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: makan-makan, moist choc cake, resepi








.jpg)






