korang cari idea nk diet?haa..meh cni aku kasi petua skit..sebenarnya da seminggu aku amalkan mnum air masak..seminggu jugak aku xminum air yg berperisa,yg bergula & bersusu..hari pertama aku minum 4liter air..giler..mmg xlarat nk ulang alik g toilet..asik nk terkucil aje..isk..tp bagus jugak..sbb senang singkir toksin kn..hehe..hari ke 2 pn aku minum 4liter..alhamdulillah la pembuangan pn lancar..pastu seterusnya aku tambah lemon pulak..aku campur dlm air suam..sekali minum..wow..sedappp..aku minum lg sbb sedap sgt..makanya hari2 aku bawak bekal air tu yg da siap lemon kt dlm tu.tp jgn memandai tambah gula yea..tanpa gula air tu da rasa sedap sgt...hehe sedap...korang try la nti..stakat ni yg aku amalkan,asal malam je lepas makan mesti membuang..ni da berapa hari da...still membuang jugak..bole kurus nti..lagipun aku mmg dlm usaha nk turunkan berat badan..mana la taw kn..kalo ada rezeki bole mengandung lepas ni..kuasa Allah kita xtahu kn..InsyaAllah amin..
nanti korang try eh..meh aku kongsi skit kebaikan lemon ni..
* Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.
* Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.
* Lemon boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik).
* Jus lemon dikatakan mampu memberikan cahaya untuk kulit.
* Beberapa titisan jus Lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati .
* Jus Lemon boleh digunakan untuk mengeringkan jerawat supaya tidak merebak.
* Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah.
* Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa.
* Jus limau digunakan pada gigitan dan sengatan serangga-serangga tertentu untuk melegakan racun dan kesakitannya.
* Lemon jus membantu mencegah dan menyembuhkan osteoarthritis.
* Lemon jus dapat mengurangkan rasa sakit kolik dan masalah gastrik..
* Jus limau dapat melegakan chilblains dan kulit gatal.
* Jus limau ialah satu rawatan yang baik untuk kelemumur dan rambut berminyak.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
0 cantik manis berkata:
Post a Comment