Dr bulan Februari hingga Mac ni pelbagai berita gembira aku dgr..sungguh aku tumpang seronok,bahagia bila kawan2 yg berkahwin da disahkan mengandung..hanya Dia yg mengetahui perasaanku..hiba,sedih,gembira semuanya ada..terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekiMu kepada mereka..aku juga turut tumpang gembira..tp tipu la andai aku cakap aku ni xmengharap utk menjadi sebahagian dr mereka yg bertuah itu..huu..xde sape yg dapat faham perasaan itu melainkan mereka2 yg turut menanti bertahun-tahun lamanya..adakah aku redha? yea kdg kala aku redha,tp kdg kala jugak aku sering terbayang2 utk ada zuriat sendiri..mungkin belom masanya..
Dan bila kita mendefinisikan menunggu itu sbg tanda redha,
maka bukankah detik menunggu itu perlu dilalui dgn rasa senang hati?
dgn rasa percaya & redha sepenuh hati?
bukankah penantian itu perlu diisi dgn perkara2 yg memberi tambah nilai pd diri?
Mengapa kita berkata, 'sanggup menunggu & menanti',
tp kita sbenarnya merosakkan diri?
dgn air mata,dgn duka & lara?
mengabaikan diri & melukai hati sendiri?
Bukankah bila kita kata.
kita siap & redha,
maknanya, apa pun akhirnya penantian itu,
kita masih akn berlapang dada?
tp,mengapa penantian kita hanya merosakkan diri,
memusnahkan harapan & menghancurkan masa depan?
Adakah kerana kita sebenarnya mmg xikhlas?
kita menanti,sambil memaksa ia mengikut apa yg kita kehendaki?
xpela kan,mungkin belom sampai masanya utk aku & suami ada anak sendiri..masih banyak yg perlu kami perbaiki..semoga suatu hari nanti kami diberi peluang skali lg utk merasai nikmat dr Nya..insyaAllah amin...
0 cantik manis berkata:
Post a Comment