BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Menjadi yg halal utk dia

Daisypath Anniversary tickers

My besday

Daisypath Happy Birthday tickers

Hubby besday

Daisypath Happy Birthday tickers

Doakan kami yea..

klik-klik

~ Kawan² yg mengikuti blog aku ~

Tuesday, March 5

Pengakuan seorang Gigolo


Ni ada satu pengakuan eksklusif dari seorang yang terjebak dalam aktiviti pergigoloan. Apa itu gigolo? Err ... cari sendiri la yer. xkan semua nak kasik tau :P. Tu ada search widget ataih sekali tu leh carik. Taip 'GIGOLO' pastu tekan search. ... dan anda pasti akan tahu apa maksudnya.
Tanak pusing-pusing cerita ... saya harap anda baca pengakuan ini yang saya ambil dari satu laman komuniti (dirahsiakan). Tutup mata kalau takut nak baca! Erkk dah tutup camna nak baca yer? ....


Pengakuan Berani Seorang Gigolo
Namanya saya adalah M. Saya seorang pemuda yang telah dikecewakan oleh seorang gadis cun melecun bernama N. Seksanya saya dikecewakan. Remuk hancur berderai hati kaca saya. Kerana N, saya tidak lagi mempercayai akan cinta sejati seorang perempuan.
Akhirnya kekecewaan saya membawa saya ke kancah kemaksiatan. Saya telah mencuba menjadi seorang gigolo. Dan pengalaman pertama saya adalah dengan seorang eksekutif wanita yang masih cantik, menawan, punyai potongan badan yang mengalahkan anak dara jiran sebelah umah pakcik saya kat Kuantan. Wanita ini bukan sahaja cantik malah memiliki kekayaan hebat hasil dari peninggalan suaminya yang telah berkahwin dengan seorang gadis siam.
Saya mengenalinya menerusi seorang kawan yang kini dah dipenjarakan kerana mengedar syabu. Sudah 3 pertemuan mesra saya dengannya namun belum lagi beraksi sebenar, hanya pegang-pegang dan sentuh2 manja sahaja.
Namun pada satu hari, wanita ini telah datang dengan sebuah kereta mewah berwarna merah. Saya telah dibawa olehnya ke sebuah rumah besar di tepian sebuah tasik yang cantik. Sampai sahaja di rumah, saya diminta untuk masuk ke sebuah bilik. Terhias cantik sekali bilik tersebut ... terasa dingin menusuk tulang sum-sum saya kerana aircond yang dipasang maksimum.
Inilah pertama kali saya masuk ke sebuah bilik persis bilik di dalam istana. Semuanya nampak mewah. Saya menunggu wanita tadi. Namun beberapa minit menunggu, kelibatnya masih belum ada. Saya jadi kekok.
Tiba-tiba wanita itu muncul dengan pakaian malamnya. Sebelum saya sempat melakukan apa-apa, wanita itu berkata;
"Kamu bukalah dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu, lalu keluar dengan lengang lengguk yang mengiurkan. Saya terasa berahi.
Saya bingung sebentar. Memikirkan permintaan wanita tadi, saya pun membuka baju. Saya sebenarnya agak malu kerana tubuh saya agak kurus kerana dah sembilan hari saya frust dan tak lalu makan.
Dan lebih kurang 15 minit berlalu, muncullah wanita itu. Alangkah terkejutnya saya bila wanita itu hadir bersama 3 orang anaknya. Lalu, wanita yang berpakaian baju kelawar itu pun berkata kepada anak-anaknya;
"Tengok Wati, Juki dan Sani ... lihat abang ni .. kurus tak makan, nilah akibat kalau kita tak makan .. jadi, lepas ni makan tau .. mama dah masak sedap-sedap tu"
Saya yang kaku dan malu, terus memakai baju .. lalu lari dari rumah besar di tepian tasik itu menaiki teksi dengan bayaran rm20. Lepas ni, saya tak nak lagi buat kerja ini. Ini kerja memalukan. Huk Hukk....
Jgn kan korang,aku sendiri terkena..haha..padan muka..noty sgt yea..
Sekian sahaja, terima kasih. :P


0 cantik manis berkata: