Sekarang kecoh pasal kes di Lahad Datu kan..Mana dgn yg sebok
berbalas fitnah,saling menyalahkan 1 sama lain..Dari 2 org yg
terkorban da semakin meningkat..marilah sama-sama kita doakan agar
keadaan di sana kembali tenang seperti sedia kala,dan moga semuanya
selamat..Al Fatihah utk perajurit -perajurit yg terkorban..
Di sini,aku nk kongsikan
12 Golongan Manusia Semasa Dibangkitkan di Akhirat.
Suatu
ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya
kepada baginda:
“Wahai
Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah
S.W.T”
Erti
firmanNya: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang
berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini,
baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu
menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara
yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri
mereka sendiri.”
Maka
Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.
BARISAN
PERTAMA
Diiringi
dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka
dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka
itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka
demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEDUA
Diiringi
dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi
Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka
itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KETIGA
Mereka
berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala
jengking.
“Mereka
itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEEMPAT
Diiringi
dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka.
“Mereka
adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KELIMA
Diiringi
dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah
S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu
ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka
itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut
diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T.
Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEENAM
Diiringi
dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka
adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KETUJUH
Diiringi
dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan
darah.
“Mereka
itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KELAPAN
Diiringi
dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke
atas.
“Mereka
adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KESEMBILAN
Diiringi
dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka
adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.”
BARISAN
KESEPULUH
Diiringi
dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
“Mereka
adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KESEBELAS
Diiringi
dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang
seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar
beraneka kotoran.
“Mereka
adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEDUA BELAS
Mereka
diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan
purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka
adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan
derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka
sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah
Yang Maha Pengasih
~
Walluhualam ~