BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Menjadi yg halal utk dia

Daisypath Anniversary tickers

My besday

Daisypath Happy Birthday tickers

Hubby besday

Daisypath Happy Birthday tickers

Doakan kami yea..

klik-klik

~ Kawan² yg mengikuti blog aku ~

Tuesday, February 12

EMCC sedapp.....

Sehari dua ni aku agak sibuk..sempat log in dgn log out je dr blog ni...erk sbuk apa tah..hahhaa..sibok perang mulut kot dgn manusia yg ada otak tp xde akal..haizzz sian...
ok2 aku xnk pk dh..jom3..td pas maghrib aku bertungkus lumus mencuba 1 resepi Extra Moist Choclate Cake yg resepinya sgt2 lah mudah & simple & menjimatkan masa...sungguh la enak sgt2...tq akak Aleen share resepi tu..sedap sgt2...mkn kalo xde topping pn da sedap..tmbah ada topping lg lah sgt sedapp...yummy,so delicious!!
Nak buatnya xlama,mudah sgt...aku rsa xsampai setengah jam da siap kot..cuma nk mengukus je amik masa..hehe jom3 kita tgk resepinya..

yg ni sebenarnya dlm bekas kecik tu...sebab lebih kn xmuat dlm bekas yg besar tu..yg besar tu? haa,apa lgi..aku bgkan sorang skit..bg kt ma skit,MIL skit..bg diorg rsa..ntah apa komen diorg kn..hehe

okeh,resepinya..

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
ketiga-tiga bahan ini diayak dlm 1 bekas

3 bji telur
1 cawan gula pasir
bahan ini diblender sehingga berbuih,ketepikan

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak daisy (ayu guna minyak masak biasa aje)
1 cawan air panas

cara-caranya

tuangkan bahan yg diblender td dlm bekas bahan yg diayak td,masukkan susu,minyak dan digaulkan,kemudian masukkan air panas dan dikacau sehingga sebati.>>>>>mcm ayu,ayu ayak bhn2 tu,pastu blender telur dgn gula,last skali masuk susu,minyak dgn air pnas msa dlm 1 bekas lain,tp buat last skali..pastu kacau je..lg mudah.. :D
ok siap..bole kukus selama 1jam..


utk topping

2 sudu besar mentega

4 sudu besar susu cair
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat


Campurkan kesemua sekali bahan-bahan dan kacau sehingga cair dan sebati dengan saiz api yang kecil. Dah sebati terus sapu topping coklat di atas dan sekeliling kek coklat.**Jangan terlalu lama masak topping sebab makin lama makin pekat dan ia boleh jadi berketul. 

ok siap..nk lebih sedap sejukkan dlm peti dulu..yummy.. :)



Sunday, February 10

Selamat Tahun Baru

Korang perasan x..tahun ni mcm xmeriah je tahun baru cina kn..aku yg dok kt pedalaman ni sikit mcm xde dgr apa2 bunyi tembakan pn smlm..hehhe..xpe la..aman damai skit kn.. Kebetulan jatuh pd hari aku cuti..jwbnya dok umah saje cangak tgk tb laki bini yea.. :p
pape pun just nk ucapkan selamat tahun baru cina utk semua rakan-rakan berbangsa cina..utk boss aku jugak..Boss,mana angpau saya? janji nk bagi angpau + limau sorang sekotak.. erk >>>>>>




Saturday, February 9

Amalan & surah utk ibu mengandung

Oh yea..kat sini aku nk kongsikan amalan & surah utk bakal-bakal & ibu yg sedang mengandung..yela..orang tua-tua cakap dlm masa mengandung ni,kita kena jga segala percakapan,tingkahlaku kita kn..takut nanti ada yg terkenan kt baby kn..hihi..Insya Allah suatu hari nanti aku diberi peluang utk merasakan saat ini..aminnn.. :)
artikel ini dr sumber majalah Pa & Ma..



Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :

Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin. 

sumber; ustazah Bahiyah

Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

Tomyam campur

Malam-malam gini,xde apa nk buat..memandangkan incik suami da keluar g dgr ceramah kt pondok..katanya ada ustaz dr Syria datang bg ceramah skali bca Yassin..sekurang-kurangnya masa lapang dy terisi juga dgn menda-menda yg bermanfaat..insyaAllah amin..

Oh yea..ni aku update semata-mata nk kongsi resepi..hehe..da lama aku xmsk tom yam..da tetiba terasa nk mkn nasi + tomyam campur..penuh kuah dlm mangkuk tu aku letak..hiihi.. makan-makan sambil tgk cite SHN aritu..hehe..aku kalo mkn tomyam dgn sup mmg mcm makan bubur..penuh dgn kuah,baru la feel..haha..kebetulan incik suami pn tetiba selera nk makan mcm aku tu..dgn dy skali mkn nasi penuh dgn kuah tomyam...hihi..katanya,sedap jugak makan cmni kn.. hehe..mesti la sedap..biasanya incik suami ni makan lauk goreng2 je..dy makan xsusah...masak je apa pn,sume belasah..tambah2 goreng ayam je..lagi laju dy mkn...amik nasi,letak kicap + ayam goreng...kenyang.. :D
dah banyak aku melalut ni..jom3..kita update resepi tomyam...


Tom yam ayam utk 2 org mkn

isi ayam potong kcik²,kalo yg bhgian tulang lg sedap..
3 sudu Perencah tom yam (ayu guna yg Mae Pranom Brand- Thai Chili Paste)
bunga kobis
lobak merah(nk letak sayur lain pn xpe)
1 btg serai titik
halia
6 biji cili api diketuk (nk lebih pedas tmbh lg)
daun limau purut
1 biji limau kasturi (diperah airnya)
1 biji bwg besar di belah 4
1sudu sos ikan
garam perasa secukupnya
1 sudu susu pekat (xletak pon xpe,tp lebih sedap)


mula² rebus isi ayam td dgn semangkuk air(agk² la bnyk mna nk mkn kuah nti) msuk hirisan halia dlm 2 keping,biar sampai isi ayam td naik minyak skit..msuk perencah tom yam,sayur yg dipotong,sos ikan,air limau kasturi,serai,bawang besar,cili api, daun limau purut..da mendidih msuk kn susu ,garam dan perasa..biar kejap pastu bole la hidang..

pasni nk buat kek coklat pulak la..erkk
Selamat mencuba..

Friday, February 8

Setia hujung nyawa

Setia hujung nyawa da abis..tp mesti ramai yg dok gugel tgk cite tu kan..maklumlah,pelakon pn lawa hensem..hehe...fenomena jugak la drama ni kn...adaptasi dr novel karya Fatin Nabila kn..
aku sendiri pun da terjebak..ditambah pulak dgn suami aku pn sama naik tgk cite tu...kalo dy balik kje lambat je,ha mula la interbiu aku jd mcm mna..apa diorg buat..isk..dulu cite Nora Elena..hahaa..sabo je lah..

Ok la sni aku tinggalkan sinopsis cite SHN ni..tp jln cite dlm novel dgn drama ada jugak yg xsama..cuma msa drama kt tb3 ni bnyk scene yg kena potong kn..sbb tetiba je jd gini,eh jd gitu..ha kn xfaham..biasa la..iklan je lebih kn..hehe..tp pape pun ttp best kn..:)




Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.
Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.
Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya.
Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.
Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.
Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.
Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!


ok berjela-jela kn sinopsisnya?haha

Thursday, February 7

Hari ni 7 Februari kn...ada apa-apa yg istimewa ke..hehhee..mesti lah ada kan...xtaw la pd korang..tp pada tarikh ni la aku diikat sbg tunangan org...yela sape lg kn,kalo bkn en suami..hehe..

Dan pada 7 Februari 2008 juga aku berubah sama skali..yela..dr abis SPM aku free hair kn..so bila da jd tunang org,aku da mula pkai tudung bila keluar g mna2 skali pun..sbb aku da janji dgn diri sendiri..aku nk bertudung bila aku da jd tunang org..tujuannya bkn nk tunjuk aku baik ke alim ke..aku nk menutup aurat kerana Allah..Sikit demi sikit aku cuba perbaiki diri..Insya Allah semoga dipermudahkan semua...

Kami bertunang xlama,dlm 7 bulan shj..biasa la kn..org tua2 cakap,tunang lama2 nti lain pulak jdnya...so..bulan september kitorang nikah..yeayyy!!

Wednesday, February 6

labels

Arghh..lambat betol aku ni...blog ni sebenarnya da lama..mcm mana aku bole lupa nk tag labels eh...adeh..kalo korang nk cari apa2..bca je la eh dkt older post...aku malas dah nk edit labels bagai ni...huhu

Da agk lama xjenguk blog pribadi aku ni..rindu nk menaip kt sni..dan agk bnyk peristiwa baik n xbaik yg berlaku..hmm..sulitnya..

Open...open

haha,da macam nk buka kedai pulak tajuk blog aku yea..hehe..sebenarnya bukan apa,sebelum ni aku privatekn blog ni utk sesetengah pembaca je..tp bila pk balik watpe aku nk private kn..sbb blog ni kn ttg perjalanan hidup aku yg xseberapa ni...lagipun aku nk abadikan semua yg pernah aku cuba utk memiliki zuriat sendiri..insyaAllah suatu hari nti kn..xpe...nanti aku kongsikan serba sedikit tentang usaha yg aku pernah buat..
Mula2 skali aku nk ucapkan tahniah buat best frend aku ni...walaupun aku xpernah jumpa dy,tp aku bersyukur sgt ada sahabat seperti dy...tq mok sudi jd sahabat kita..>>>>>gatalnya ayat kn..huhu
Tahniah sbb da melahirkan baby yg super dupper cute lg tembam bam3 pd 28 januari...mcm papanya...hehe..tp nama baby xde lg kn...bila la nk letak nma...mommy ayu xsabo dh ni..hihi..nanti kita semua tgk yea pic baby mok ni..:)

tembam kn...ni ira junior..hihi

Alhamdulillah ,da 3 tahun perjalanan rumah tangga kami..ada pasang ada surut..biasa la kn..kekadang baik,kekadang ngade2 nk gaduh..hehe...syukur ya Allah..
semoga lepas ni ada rezeki aku & suami utk menimang cahaya mata sendiri.. :)



Thursday, January 31

selamat thn baru

Ooh da agak lama aku tinggalkan blog ni..abis la habuk bersawang2 ni..hehe...aku bukan apa...sebenarnya,aku da lupa pasword kt blog Wordpress aku...da tu cmne nk masuk menulis?jwbnya kt sni aje la..haha..

oh thn ni mcm2 menda yg jd dlm bln januari ni..maklumlah kn..arini pn da 31 Januari..ish2 ...sian blog ni terabai...hehe xpe..lpas ni aku akan selalu update kt sni yea..:)