Korang perasan x..tahun ni mcm xmeriah je tahun baru cina kn..aku yg dok kt pedalaman ni sikit mcm xde dgr apa2 bunyi tembakan pn smlm..hehhe..xpe la..aman damai skit kn.. Kebetulan jatuh pd hari aku cuti..jwbnya dok umah saje cangak tgk tb laki bini yea.. :p
pape pun just nk ucapkan selamat tahun baru cina utk semua rakan-rakan berbangsa cina..utk boss aku jugak..Boss,mana angpau saya? janji nk bagi angpau + limau sorang sekotak.. erk >>>>>>
Sunday, February 10
Selamat Tahun Baru
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/10/2013 10:23:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: CNY
Saturday, February 9
Amalan & surah utk ibu mengandung
Oh yea..kat sini aku nk kongsikan amalan & surah utk bakal-bakal & ibu yg sedang mengandung..yela..orang tua-tua cakap dlm masa mengandung ni,kita kena jga segala percakapan,tingkahlaku kita kn..takut nanti ada yg terkenan kt baby kn..hihi..Insya Allah suatu hari nanti aku diberi peluang utk merasakan saat ini..aminnn.. :)
artikel ini dr sumber majalah Pa & Ma..
Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.
1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.
Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.
2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.
3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.
4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.
5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.
Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
sumber; ustazah Bahiyah
Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/09/2013 09:48:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: pregnancy
Tomyam campur
Malam-malam gini,xde apa nk buat..memandangkan incik suami da keluar g dgr ceramah kt pondok..katanya ada ustaz dr Syria datang bg ceramah skali bca Yassin..sekurang-kurangnya masa lapang dy terisi juga dgn menda-menda yg bermanfaat..insyaAllah amin..
isi ayam potong kcik²,kalo yg bhgian tulang lg sedap..
3 sudu Perencah tom yam (ayu guna yg Mae Pranom Brand- Thai Chili Paste)
bunga kobis
lobak merah(nk letak sayur lain pn xpe)
1 btg serai titik
halia
6 biji cili api diketuk (nk lebih pedas tmbh lg)
daun limau purut
1 biji limau kasturi (diperah airnya)
1 biji bwg besar di belah 4
1sudu sos ikan
garam perasa secukupnya
1 sudu susu pekat (xletak pon xpe,tp lebih sedap)
mula² rebus isi ayam td dgn semangkuk air(agk² la bnyk mna nk mkn kuah nti) msuk hirisan halia dlm 2 keping,biar sampai isi ayam td naik minyak skit..msuk perencah tom yam,sayur yg dipotong,sos ikan,air limau kasturi,serai,bawang besar,cili api, daun limau purut..da mendidih msuk kn susu ,garam dan perasa..biar kejap pastu bole la hidang..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/09/2013 09:39:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: resepi
Friday, February 8
Setia hujung nyawa
Setia hujung nyawa da abis..tp mesti ramai yg dok gugel tgk cite tu kan..maklumlah,pelakon pn lawa hensem..hehe...fenomena jugak la drama ni kn...adaptasi dr novel karya Fatin Nabila kn..
aku sendiri pun da terjebak..ditambah pulak dgn suami aku pn sama naik tgk cite tu...kalo dy balik kje lambat je,ha mula la interbiu aku jd mcm mna..apa diorg buat..isk..dulu cite Nora Elena..hahaa..sabo je lah..
Ok la sni aku tinggalkan sinopsis cite SHN ni..tp jln cite dlm novel dgn drama ada jugak yg xsama..cuma msa drama kt tb3 ni bnyk scene yg kena potong kn..sbb tetiba je jd gini,eh jd gitu..ha kn xfaham..biasa la..iklan je lebih kn..hehe..tp pape pun ttp best kn..:)
Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.
Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.
Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya.
Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.
Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.
Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.
Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!
ok berjela-jela kn sinopsisnya?haha
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/08/2013 11:46:00 AM 0 cantik manis berkata
Labels: drama
Thursday, February 7
Hari ni 7 Februari kn...ada apa-apa yg istimewa ke..hehhee..mesti lah ada kan...xtaw la pd korang..tp pada tarikh ni la aku diikat sbg tunangan org...yela sape lg kn,kalo bkn en suami..hehe..
Kami bertunang xlama,dlm 7 bulan shj..biasa la kn..org tua2 cakap,tunang lama2 nti lain pulak jdnya...so..bulan september kitorang nikah..yeayyy!!
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/07/2013 02:09:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: anniversary
Wednesday, February 6
labels
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/06/2013 11:26:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: labels
Da agk lama xjenguk blog pribadi aku ni..rindu nk menaip kt sni..dan agk bnyk peristiwa baik n xbaik yg berlaku..hmm..sulitnya..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/06/2013 11:13:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: rindu
Open...open
haha,da macam nk buka kedai pulak tajuk blog aku yea..hehe..sebenarnya bukan apa,sebelum ni aku privatekn blog ni utk sesetengah pembaca je..tp bila pk balik watpe aku nk private kn..sbb blog ni kn ttg perjalanan hidup aku yg xseberapa ni...lagipun aku nk abadikan semua yg pernah aku cuba utk memiliki zuriat sendiri..insyaAllah suatu hari nti kn..xpe...nanti aku kongsikan serba sedikit tentang usaha yg aku pernah buat..
Mula2 skali aku nk ucapkan tahniah buat best frend aku ni...walaupun aku xpernah jumpa dy,tp aku bersyukur sgt ada sahabat seperti dy...tq mok sudi jd sahabat kita..>>>>>gatalnya ayat kn..huhu
Tahniah sbb da melahirkan baby yg super dupper cute lg tembam bam3 pd 28 januari...mcm papanya...hehe..tp nama baby xde lg kn...bila la nk letak nma...mommy ayu xsabo dh ni..hihi..nanti kita semua tgk yea pic baby mok ni..:)
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 2/06/2013 09:52:00 PM 2 cantik manis berkata
Labels: baby
Thursday, January 31
selamat thn baru
Ooh da agak lama aku tinggalkan blog ni..abis la habuk bersawang2 ni..hehe...aku bukan apa...sebenarnya,aku da lupa pasword kt blog Wordpress aku...da tu cmne nk masuk menulis?jwbnya kt sni aje la..haha..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 1/31/2013 12:03:00 PM 0 cantik manis berkata
Labels: tahun baru
Saturday, June 16
suatu keindahan
aku da redha dgn segala ketentuan dr NYA..aku da xlarat nk tepis soalan demi soalan ttg zuriat..Usia perkahwinan da nk masuk 3thn..tp xde anak..xpela..aku anggap tu semua sbgai dugaan yg perlu aku tempuhi bersama dy.. dikala hati xcemburu melihat kegembiraan org lain bersama anak2..yg sdg mengandung..sunggu aku terasa..bohong kalo aku xcemburu..tambah dgn hati aku ni..mmg sgt rapuh..xpasti smpai bila akn bertahan..selagi mampu mencuba,aku akn ikhtiarkan.. Ya Allah Kau berikan kami kekuatan utk menghadapi segala ujian dr Mu..tetapkan keimanan kami..Kau berikanlah kami peluang utk menjadi ibu & bapa pd anak2 kami..
Posted by AyU D H@!r! Pr!nCeS$ at 6/16/2012 08:50:00 PM 0 cantik manis berkata



.jpg)









