BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Menjadi yg halal utk dia

Daisypath Anniversary tickers

My besday

Daisypath Happy Birthday tickers

Hubby besday

Daisypath Happy Birthday tickers

Doakan kami yea..

klik-klik

~ Kawan² yg mengikuti blog aku ~

Friday, February 8

Setia hujung nyawa

Setia hujung nyawa da abis..tp mesti ramai yg dok gugel tgk cite tu kan..maklumlah,pelakon pn lawa hensem..hehe...fenomena jugak la drama ni kn...adaptasi dr novel karya Fatin Nabila kn..
aku sendiri pun da terjebak..ditambah pulak dgn suami aku pn sama naik tgk cite tu...kalo dy balik kje lambat je,ha mula la interbiu aku jd mcm mna..apa diorg buat..isk..dulu cite Nora Elena..hahaa..sabo je lah..

Ok la sni aku tinggalkan sinopsis cite SHN ni..tp jln cite dlm novel dgn drama ada jugak yg xsama..cuma msa drama kt tb3 ni bnyk scene yg kena potong kn..sbb tetiba je jd gini,eh jd gitu..ha kn xfaham..biasa la..iklan je lebih kn..hehe..tp pape pun ttp best kn..:)




Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.
Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.
Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya.
Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.
Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.
Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.
Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!


ok berjela-jela kn sinopsisnya?haha

Thursday, February 7

Hari ni 7 Februari kn...ada apa-apa yg istimewa ke..hehhee..mesti lah ada kan...xtaw la pd korang..tp pada tarikh ni la aku diikat sbg tunangan org...yela sape lg kn,kalo bkn en suami..hehe..

Dan pada 7 Februari 2008 juga aku berubah sama skali..yela..dr abis SPM aku free hair kn..so bila da jd tunang org,aku da mula pkai tudung bila keluar g mna2 skali pun..sbb aku da janji dgn diri sendiri..aku nk bertudung bila aku da jd tunang org..tujuannya bkn nk tunjuk aku baik ke alim ke..aku nk menutup aurat kerana Allah..Sikit demi sikit aku cuba perbaiki diri..Insya Allah semoga dipermudahkan semua...

Kami bertunang xlama,dlm 7 bulan shj..biasa la kn..org tua2 cakap,tunang lama2 nti lain pulak jdnya...so..bulan september kitorang nikah..yeayyy!!

Wednesday, February 6

labels

Arghh..lambat betol aku ni...blog ni sebenarnya da lama..mcm mana aku bole lupa nk tag labels eh...adeh..kalo korang nk cari apa2..bca je la eh dkt older post...aku malas dah nk edit labels bagai ni...huhu

Da agk lama xjenguk blog pribadi aku ni..rindu nk menaip kt sni..dan agk bnyk peristiwa baik n xbaik yg berlaku..hmm..sulitnya..

Open...open

haha,da macam nk buka kedai pulak tajuk blog aku yea..hehe..sebenarnya bukan apa,sebelum ni aku privatekn blog ni utk sesetengah pembaca je..tp bila pk balik watpe aku nk private kn..sbb blog ni kn ttg perjalanan hidup aku yg xseberapa ni...lagipun aku nk abadikan semua yg pernah aku cuba utk memiliki zuriat sendiri..insyaAllah suatu hari nti kn..xpe...nanti aku kongsikan serba sedikit tentang usaha yg aku pernah buat..
Mula2 skali aku nk ucapkan tahniah buat best frend aku ni...walaupun aku xpernah jumpa dy,tp aku bersyukur sgt ada sahabat seperti dy...tq mok sudi jd sahabat kita..>>>>>gatalnya ayat kn..huhu
Tahniah sbb da melahirkan baby yg super dupper cute lg tembam bam3 pd 28 januari...mcm papanya...hehe..tp nama baby xde lg kn...bila la nk letak nma...mommy ayu xsabo dh ni..hihi..nanti kita semua tgk yea pic baby mok ni..:)

tembam kn...ni ira junior..hihi

Alhamdulillah ,da 3 tahun perjalanan rumah tangga kami..ada pasang ada surut..biasa la kn..kekadang baik,kekadang ngade2 nk gaduh..hehe...syukur ya Allah..
semoga lepas ni ada rezeki aku & suami utk menimang cahaya mata sendiri.. :)



Thursday, January 31

selamat thn baru

Ooh da agak lama aku tinggalkan blog ni..abis la habuk bersawang2 ni..hehe...aku bukan apa...sebenarnya,aku da lupa pasword kt blog Wordpress aku...da tu cmne nk masuk menulis?jwbnya kt sni aje la..haha..

oh thn ni mcm2 menda yg jd dlm bln januari ni..maklumlah kn..arini pn da 31 Januari..ish2 ...sian blog ni terabai...hehe xpe..lpas ni aku akan selalu update kt sni yea..:)

Saturday, June 16

suatu keindahan

aku da redha dgn segala ketentuan dr NYA..aku da xlarat nk tepis soalan demi soalan ttg zuriat..Usia perkahwinan da nk masuk 3thn..tp xde anak..xpela..aku anggap tu semua sbgai dugaan yg perlu aku tempuhi bersama dy.. dikala hati xcemburu melihat kegembiraan org lain bersama anak2..yg sdg mengandung..sunggu aku terasa..bohong kalo aku xcemburu..tambah dgn hati aku ni..mmg sgt rapuh..xpasti smpai bila akn bertahan..selagi mampu mencuba,aku akn ikhtiarkan.. Ya Allah Kau berikan kami kekuatan utk menghadapi segala ujian dr Mu..tetapkan keimanan kami..Kau berikanlah kami peluang utk menjadi ibu & bapa pd anak2 kami..

Monday, May 7

kepah

OkLah..meh aku nk update resepi pulak..baru2 ni tetiba plak aku ni rajin berjalan mengabiskan duit kt market..erk..mcm la sebelum ni xpernah wat keje gitu..haha..bukan xpernah tp da kurang..sbbnya..asl aku nampak sayur yg lawa2 ada je aku nk bli..makannya xjugak..haha..pastu pe lagi..menjamu selera la kt ayam2 serta kucing kt belakang umah..mcm xtaw tuan umah ni pemurah..ngee.. bukannya xde langsung nk jejak kaki ke sna..tp agk jarang sekarang ni..sbbnya aku malas kot..slalu aku dtg keje pn sharp kol 9 lbih..hew3..lgpuan bkn ada wtpe sgt..ngadap fb jugak..keh3..ok kita sambung blik.. aritu excited kan..tgk ikan udang sotong segar bugar kemain..rasa nk je borong semua..*mentang la laki den beli poti ais bosa..ada je nk mnyumbat kasi penuh..keh3..al kisahnya aku beli kepah..pastu igt nk beli ikan..sbb tgk lawa2..haha..tp aku tahan nafsuku itu..ngee..pastu terus la balik..kang abis sedozen market aku sopping..huhu..eh dah2..ni aku asik bebel bila nk letak resepi kan..haizzz...meh start dgn kepah masak pedas..ni cara aku main campak2 je..tp sgt sedap..ngee*ouh angkat bakul sila puji diri sendiri oke..;p KEPAH MASAK PEDAS

bahan2 1/2 kg kepah (harusla ada..kalo xde korang nk msk apa?) erk cili kering dikisar serai diketuk asam keping sos cili/tiram bahan tumbuk 3 ulas bawang kecik 2 ulas bawang putih halia (semua bahan di ats korang agk2 la ek) mula2 tumis bahan yg dikisar td..pastu msuk cili kering..tumis bg pecah minyak pastu msuk sos..air skit..letak asam keping serai ..pastu msuk kepah..perasa garam gula bagai..pastu korang msak la smpai betol2 bole angkat..kalo nk msk bg rentung kang xde org nk mkn..erk..hehe..simple kn..SELAMAT MENCUBA..nti update lg..

err..

Lama xmasuk blog..aku pun lupa..hehee..mls la nk update,esok la ek..bru balik dr langkawi..abis muka kaki tgn burn..sobs.. * ERKKKK..harap maaf..ni entry thn lepas...aku msuk draf sampai lupa nk sambung..adehh

Titik positif

ALhamdulillah..itu la yg aku nk ucapkan..dy da semakin berubah ke arah kebaikan..seronok rasanya bila tgk dy da berubah cmtu..nak aku ajarkan baca al quran..baca doa2 dlm sembahyang n jd lebih baik..betapa aku bersyukur kepadaMu kerana telah memperkenankan salah 1 dr doaku..sampai hari ini aku xputus2 berdoa kepadanya agar dy terus berubah..kerana mmg itu yg aku harapkan..indahnya bila sembahyang itu berdua..bersama org yg kita syg..da lama aku tunggu saat itu..insyallah 1 hari nanti DIA akan permudahkan..semoga aku diberi kekuatan utk membimbingnya.. bila dy tetiba ckp begitu tersentuh hati aku sbgai seorang isteri..lgpun usia perkahwinan kami da msuk 3 tahun..seronok bila ktanya nk berubah..itu adalah hadiah harijadi plg bermakna utk aku..terima kasih ya Allah..semoga rumahtangga yg kami bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat..dgn dikurniakan anak2 yg soleh & solehah..amin..